21 Februari 2012

......Dia Yang Halal Untukku.........

Bila terbaca tajuk macam hebat kan ???? memang hebat pun ... kerana sahabat kita akan mendirikan masjid bersam insan yang istimewa dihatinya.... terdapat hadis yang mencrminkan ciri-ciri yang perlu di lihat bagi memilih wanita sebagai permaisuri dihati...begitulah juga bagi wanita untuk memilih Sang Suami...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". 

Indahnya bergelar seorang isteri solehah :

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

Dengan ini Pihak pengantin menjemput semua sahabat2 untuk bersama-sama meraikan majlis beliau yang bertarikh & bertempat seperti yang tertera di kad .... 



Jom kita ramai2 serbu rumah pengantin.....

Doa Untuk Pengantin
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

SELAMAT PENGANTIN BARU "MARINA & SABRI"

23 Disember 2011

BERTANDANG UNTUK BERTANYA KHABAR SAHABAT-SAHABAT

Assalamualaikum...lame sgt rase tak mengupdate blog kite ny kan....maklumlah masing2 dah mule sibuk untuk survive kehidupan masing....
  • ada yang sibuk menyiapkan projek sarjana muda (final projek)
  • ada yang sibuk bekerje bersungguh-sungguh (mungkin sbb nk kawen...cepat2 cary duit)
  • & mcm2 lagi lah..semua sibuk kan....
tapi harapnyer, walaupun masing-masing sebuk tapi..masih ingat kenangan kita bersama "imtiazulfaiqah"...masing saling rindu merindu di antara satu sama lain, saling contec mengcontek..paling2 tidak pon..saling mimpi-bermimpi....hehehehehe ..
hadiah untuk sahabat-sahabatku :


walaupun dulu kita ada pertelingkahan..itu semua hanyalah asam garam dalam kehidupan .. yang menjadikan kenangan kita semasa disekolah sangat manis....

ikhlas dari hati ini...diriku amat merindui kenangn kita bersama...menangis dan bergembira bersama....nakal bersama-sama..basuh baju bersama-sama...kene denda bersama-sama..makan bersama-sama..semuanya bersama-sama..kehidupan di zaman sekolah adalah kenangan yang sanagt manis yang sentiasa tersemat di hati ini...


Amat merindui sahabat-sahabatku......

27 November 2010

Reunion


assalaamualaikum...
baru buka group 90 kat facebook tadi..
group AAQAG & IF..

ada sedikit coretan dari Nurida Artika..
di sini saya copy paste kan ea..
:)


eda dah dapatkan SENARAI AJK REUNION BATCH90...

harap semoga kita dapat bekerjasama dengan baik, insyaAllah..


Penasihat Khas : 

Auntie Syikin (mak saudara Nurida)
Uncle Yusri

Pengerusi : 

Mohammad Afiq Johari

N.Pengerusi : 

Nurida Artika Darmawan

Setiausaha : 

Muhammad Ariff Mohd Johar

N.Setiausaha : 

Nur Farqhana Masduki

Bendahari : 

Bahrain Ramlan

N.Bendahari : 

Siti Fatimah Zahrah Johari

AJK2 : 

Mohd Sulaiman Misran
Abdul Rashid Zainal
Nasrul Kharique
Nur Azimah Ahmad Sukaimie
Nurrul Syakima Jamani
Norhijrah Ayub
Suhaila Jamiludin



Ucapan tahniah diucapkan di atas pelantikan baru..semoga amanah dan tanggungjawab dapat dipikul bersama-sama samada dilantik secara rasmi atau tidak..jawatan ini bukan untuk dimegahi tapi untuk ditunaikan dengan sempurna.insyaALLAH..
Selamat menjalankan tugas..
*maaf kerana kurangnya pengetahuan pihak admin terhadap nama2 penuh di atas..kesulitan amat dikesali..hehehe 
p/s: berkesempatan ini, eda minta maaf kepada mana2 pihak..mohon ampun dan maaf jika byk kekurgn yg eda jua sahbt2 y lain, y terlibat u mmbgunkan batch90 kite ni..smoga Allah permudahkan urusan kite,amin



apa yang saya dapat simpulkan..
kita sedang melangkah ke arah perbincangan reunion yang akan datang..
kerjasama daripada semua amat diharapkan..
sebarang cadangan dan komen atau apa2 aje boleh letak kat group fb ea..
kawan2 yang perasan siapa2 group AAQAG & IF yang belum lagi berada dalam group mohon add kan lah ea..

hehehe..
syukran..
wassalam...


20 November 2010

Kenapa Qabil Bunuh Habil?

Sebuah kisah dicatatkan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran untuk menjadi pelajaran untuk umat manusia sepanjang zaman. Habil dan Qabil adalah dua beradik. Mereka berdua merupakan anak kepada nabi Allah Adam a.s.
Namun mereka berdua bergaduh bukan kerana perkara dunia tetapi kerana ibadah seorang daripada mereka diterima Allah dan seorang lagi ditolak.
Pada zaman itu Allah s.w.t menentukan peraturan dalam persembahan untuk memperdekatkan diri kepada Allah. Mengikut riwayatnya jika persembahan  itu diterima Allah s.w.t, akan datang api dari langit yang akan menjilatnya.
Itulah peristiwa yang berlaku kepada Qabil dan Habil. Oleh kerana Qabil mengemukan persembahan yang disebut qurban yang tidak elok, lalu qurbannya tidak diterima Allah s.w.t.
Allah s.w.t menerima persembahan Habil dan menolak persembahan Qabil. Kejadian itu menyebabkan Qabil dengki kepada Habil dan membunuhnya.
Begitulah pengajaran yang boleh kita belajar disini. Kadang berlaku persaingan keji oleh kononnya satu pertubuhan dakwah terhadap pertubuhan dakwah yang lain, sanggup melakukan apa sahaja usaha untuk mematikan dan menghalang perkembangan pertubuhan yang lain.
Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki melihat pertubuhan lain lebih maju, berkembangan dan diberkati oleh Allah dari pertubuhnnya. Lalu ia melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabotaj kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh kumpulan lain. Ini akhlak pendokong dakwah yang mewarisi akhlak datuk mereka Qabil.
Qabil sepatutnya memperbetulkan amalnya dan mengemukan amal yang berkualiti kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima persembahannya, bukan berdengki dengan Habil dan bertindak membunuhnya.
Demikianlah sepanjang sejarah sifat orang hatinya berpenyakit,  sentiasa berdengki dan berusaha memusnahkan kejayaan orang lain,  bukan kembali kepada dirinya mengikhlaskan hati dan memberbaiki amalan supaya ia menjadi lebih baik dan diterima Allah.
Pengajaran yang menarik juga yang ditunjukkan dalam kisah ini ialah sikap Habil yang tidak mengikut rentak Qabil, "Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, aku tidak akan menghulur tangan untuk membunuhmu."
Kita tidak perlu menghalang dakwah orang lain untuk kita berjaya... yang betul ialah bersihkan hati daripada sebarang penyakit hasad dan perbetulkan amal kita barulah persembahan kita berkembang dan diterima Allah s.w.t.


Followers