27 November 2010

Reunion


assalaamualaikum...
baru buka group 90 kat facebook tadi..
group AAQAG & IF..

ada sedikit coretan dari Nurida Artika..
di sini saya copy paste kan ea..
:)


eda dah dapatkan SENARAI AJK REUNION BATCH90...

harap semoga kita dapat bekerjasama dengan baik, insyaAllah..


Penasihat Khas : 

Auntie Syikin (mak saudara Nurida)
Uncle Yusri

Pengerusi : 

Mohammad Afiq Johari

N.Pengerusi : 

Nurida Artika Darmawan

Setiausaha : 

Muhammad Ariff Mohd Johar

N.Setiausaha : 

Nur Farqhana Masduki

Bendahari : 

Bahrain Ramlan

N.Bendahari : 

Siti Fatimah Zahrah Johari

AJK2 : 

Mohd Sulaiman Misran
Abdul Rashid Zainal
Nasrul Kharique
Nur Azimah Ahmad Sukaimie
Nurrul Syakima Jamani
Norhijrah Ayub
Suhaila Jamiludin



Ucapan tahniah diucapkan di atas pelantikan baru..semoga amanah dan tanggungjawab dapat dipikul bersama-sama samada dilantik secara rasmi atau tidak..jawatan ini bukan untuk dimegahi tapi untuk ditunaikan dengan sempurna.insyaALLAH..
Selamat menjalankan tugas..
*maaf kerana kurangnya pengetahuan pihak admin terhadap nama2 penuh di atas..kesulitan amat dikesali..hehehe 
p/s: berkesempatan ini, eda minta maaf kepada mana2 pihak..mohon ampun dan maaf jika byk kekurgn yg eda jua sahbt2 y lain, y terlibat u mmbgunkan batch90 kite ni..smoga Allah permudahkan urusan kite,amin



apa yang saya dapat simpulkan..
kita sedang melangkah ke arah perbincangan reunion yang akan datang..
kerjasama daripada semua amat diharapkan..
sebarang cadangan dan komen atau apa2 aje boleh letak kat group fb ea..
kawan2 yang perasan siapa2 group AAQAG & IF yang belum lagi berada dalam group mohon add kan lah ea..

hehehe..
syukran..
wassalam...


20 November 2010

Kenapa Qabil Bunuh Habil?

Sebuah kisah dicatatkan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran untuk menjadi pelajaran untuk umat manusia sepanjang zaman. Habil dan Qabil adalah dua beradik. Mereka berdua merupakan anak kepada nabi Allah Adam a.s.
Namun mereka berdua bergaduh bukan kerana perkara dunia tetapi kerana ibadah seorang daripada mereka diterima Allah dan seorang lagi ditolak.
Pada zaman itu Allah s.w.t menentukan peraturan dalam persembahan untuk memperdekatkan diri kepada Allah. Mengikut riwayatnya jika persembahan  itu diterima Allah s.w.t, akan datang api dari langit yang akan menjilatnya.
Itulah peristiwa yang berlaku kepada Qabil dan Habil. Oleh kerana Qabil mengemukan persembahan yang disebut qurban yang tidak elok, lalu qurbannya tidak diterima Allah s.w.t.
Allah s.w.t menerima persembahan Habil dan menolak persembahan Qabil. Kejadian itu menyebabkan Qabil dengki kepada Habil dan membunuhnya.
Begitulah pengajaran yang boleh kita belajar disini. Kadang berlaku persaingan keji oleh kononnya satu pertubuhan dakwah terhadap pertubuhan dakwah yang lain, sanggup melakukan apa sahaja usaha untuk mematikan dan menghalang perkembangan pertubuhan yang lain.
Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki melihat pertubuhan lain lebih maju, berkembangan dan diberkati oleh Allah dari pertubuhnnya. Lalu ia melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabotaj kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh kumpulan lain. Ini akhlak pendokong dakwah yang mewarisi akhlak datuk mereka Qabil.
Qabil sepatutnya memperbetulkan amalnya dan mengemukan amal yang berkualiti kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima persembahannya, bukan berdengki dengan Habil dan bertindak membunuhnya.
Demikianlah sepanjang sejarah sifat orang hatinya berpenyakit,  sentiasa berdengki dan berusaha memusnahkan kejayaan orang lain,  bukan kembali kepada dirinya mengikhlaskan hati dan memberbaiki amalan supaya ia menjadi lebih baik dan diterima Allah.
Pengajaran yang menarik juga yang ditunjukkan dalam kisah ini ialah sikap Habil yang tidak mengikut rentak Qabil, "Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, aku tidak akan menghulur tangan untuk membunuhmu."
Kita tidak perlu menghalang dakwah orang lain untuk kita berjaya... yang betul ialah bersihkan hati daripada sebarang penyakit hasad dan perbetulkan amal kita barulah persembahan kita berkembang dan diterima Allah s.w.t.


22 Oktober 2010

....Tarian Pena di Dewan Periksa....

emmm...bila dah hujung sem ny...mulelah semua student sebuk dengan assgment yang melambak-lambak yang kene siapkan sebelum study week...Tak kurang jugak untuk cikgu-cikgu,sbb nak menanda kerta periksa anak2 murid...macam mana teruk dulu kite buat cikgu kite..cam 2lah jugak kite akan rase..hehehehehe


disini pihak if90 igin mengucakpan selamat meduduki menduduki final exzam bagi mereka yang dah strt finl exzam..bg yang blom strt..tggu...bce entry ny bile dh strt finl ye...hehehe...smoge dipermudahkan segala urusanny,dikurniakan daya igatan yang kuat,dan juga boley mengamalkan ilmu yang telah dipelajari,,ilmu tidaklah sepatutnya ditabur diatas kertas jawapan sahaje ye...=)

kepada cikgu2..smoge anada menanda kertas2 peperiksaan anak2 muridmu dengan kesabaran...

& bagi mereke2 yang lain..smoge kite semua sentiasa diberkati olehNYA...doakan kejayaan shabat2 baik di dalam @ di luar negara...ma`a Tuafiq Wan-najah.....Ukhwah Fillah 


12 Oktober 2010

DUHAI WANITA!!!!!

Duhai Wanita,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah.Tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,bukan diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan pula daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu,kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.Adakah semudah itu kau ingin menyerahkan dirimu pada sang kumbang???



Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya.Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian.Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi daya tarikan.Namun,lantaran pagaran duri yang berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum pada keindahanyang terjaga hingga ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.


Duhai Wanita,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki.Seandainya malu kau tanggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,jadilah dirimu sekuntum bunga yang indah tapi sayangnya tidak berduri.Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai mawar berduri.Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
'Tiada fitnah yang lebih besar setelah wafatnya diriku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita'.Adakah engkau mahu menjadi penyebab terhumbannya kaum adam ke dalam neraka???

Ingatlah wahai wanita,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan.Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.Yang tertutup itu INDAH!!!Alangkah baiknya jika engkau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buat dirimu.




Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah,bertunjangkan ilmu dan kebenaran,bersulam akhlak penuh menawan.Sesungguhnya,wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama adam.Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
Renung-renungkanlah dan nilailah dengan iman didada mu wahai wanita-wanita...kerna dari rahimmu akan lahirlah mujahid-mujahid serta mujahidah-mujahidah yang akan membawa islam ke puncak dunia...

09 Oktober 2010

tahukah kalian......

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.



 
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.



 
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

 
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

03 Oktober 2010

kisah kehidupanku di bumi UTM.....


assalamualaikum....
lama je blog kite di sunyie sepi....sementara ad peluang...... gee nak jugak kongsi kisah perjalanan gee sebagai bakal seorang GURU di UTM....acecece....hakikat sebenar kehidupan di Universiti ini tak semudah yang disangka.....hidup lebeh kepada diri sendiri.....terpulang kepada kite sama ada nak jady apa kat Universiti ni????...jika kita pilih jalan yang baik..maka baik lah...lau kita pilih sebaliknya..fikir-fikir kanlah.....

budak kelas gee tak ramai pon....sikit je.......ini pon ada campur akq2&abg2 diploma.....ukwah kami denagn senior2 sangat baik...=)






sem ny lagi la sedey..kami adalah batch terakhir untuk kos ini....tapi best jugak...sebab jady junior sampai sem 8...hehehe...seronok...seronok.....

kat UTM ny...ada sorang kawan yang kire paling baik & ngam la ngn gee...name dye Nur Faezah..budak Melaka...buakn bermaksud yang lain tak ngm...sume oky j..rapat cam adik beradik....kitorg ny same-same sengal...lau kat kelas mmg mulut kami j la..yang bising...hehehehe....

bese petang2..kitorang pg gym...hahaha...giler bajet.....tapi byk main dry bersenam....hahahaha



hehehe..seronok-seronok....agak tention jalan2 kat tasik....jangan terjun tasik sudah..ehehehe..satu lagi bende yang best nak gitau ny...Gee kat UTM ad join satu team ny..name dye Event Managment Team(EMT)....leh wat duit 2....jady leh la tambah2 duit belanje...boley pegi jalan2...percume j tau.....yang penting komitment...






sekarang ny tengah musim cari jodoh...hahaha...saye surender...hahahaha




banyk lagi cerite gee..tapi kesuntukan mase lak..bagi sesiape yang nak cerite kisah mereka..leh la cerite ye..kite kongsi sama-sama....meriah cikit blog kite ny...=)

02 Oktober 2010

Wahai Cinta...

Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...


Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......


Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?



Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........

Pelindung Vs Perosak

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.




Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?


Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.


Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?


Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa ‘enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?


Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!


Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!


Wahai 1ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!


Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...


Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan 2husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?



Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"

(Hadis riwayat lmam Muslim)


Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halalkan'? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.


Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.


Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.



Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar."

Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.

14 Julai 2010

Aku Mahu Berubah...!

Aku berasal dari keluarga yang serba sederhana. Alhamdulillah, aku dilahirkan oleh ibuku yang beragama Islam. Aku diberi didikan yang sempurna dalam pelajaran. Namun, aku kekurangan satu perkara yang amat besar dan penting buat diriku, iaitu didikan agama. Bukan maksudku ibu dan bapaku tidak mendedahkan langsung mengenai agama Islam kepadaku. Mereka mengajarku cara mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan dan perkara-perkara asas yang perlu aku tahu sebagai seorang Islam.

Akan tetapi, kami sekeluarga tidak mengerjakan ibadah yang terpenting sebagai hamba-Nya, iaitu solat yang merupakan tiang agama. Lalu aku membesar sebagai seorang yang boleh dikatakan bijak dalam pelajaran, tetapi tidak mengerjakan solat. Sewaktu bulan Ramadhan, kami sekeluarga berpuasa, kami tunaikan zakat, tetapi kami tidak menunaikan solat. Bapa dan abangku yang sepatutnya wajib menunaikan solat Jumaat, tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Hari demi hari, kami hanyut dengan kenikmatan dunia.

Kakakku yang sudah menjadi seorang remaja,kini mula membuka auratnya. Memakai pakaian yang ketat, nipis dan menampakkan bentuk tubuh serta tidak memakai tudung sepertimana digariskan syariat. Pergaulannya pula semakin bebas walaupun berkali-kali ditegur oleh kedua ibubapaku. Hari demi hari, aku juga meningkat dewasa. Kini, aku berada di sekolah menengah. Aku sentiasa menjadi pelajar terbaik tingkatan di sekolahku. Aku gembira kerana dapat membanggakan keluargaku terutamanya ibu dan bapaku.

Oleh kerana suasana kampungku di mana remaja-remaja bergaul bebas, tidak menutup aurat dan sebagainya, aku juga sebagai hamba Allah yang amat jahil tidak lepas daripada melakukan perkara yang sama. Aku tidak menutup aurat dengan tidak memakai tudung. Kawan-kawanku pula ramai yang memakai tudung, akan tetapi memakai pakaian yang ketat dan berlengan pendek.

Suatu hari, aku dan kakakku menyertai sebuah kelab kesenian dan kebudayaan, di mana kami semua diajar pelbagai jenis tarian tradisional yang terdapat di Malaysia. Kami berdua semakin bergiat aktif dalam bidang ini dan melakukan pelbagai persembahan di seluruh Malaysia. Aku dan kawan-kawanku sangat rapat antara satu sama lain, boleh dikatakan kami sudah seperti adik-beradik. Namun, semasa aku berada di Tingkatan 4, aku tidak terlibat lagi dalam kelab kebudayaan itu. Semakin lama, aku semakin tertarik dengan imej bertudung. Lalu aku mula memakai tudung dan memakai pakaian yang berlengan panjang. Walaubagaimanapun, aku masih tidak mengerjakan solat, sebagai seorang Muslim yang sepatutnya.

Aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Aku amat gembira kerana aku sebenarnya seorang yang sangat pemalas dan tidak suka mengulangkaji pelajaran. Kemudian, aku mendapat tawaran ke sebuah kampus sebagai pelajar program satu tahun jurusan Sains Fizikal. Aku menerima tawaran itu kerana UPU aku mengalami sedikit masalah.

Dan memang inilah takdirku.
Aku mula tertarik dengan keindahan Islam. Ramai sahabat-sahabatku yang menutup aurat dengan sempurna dan mengerjakan ibadah solat di masjid. Kehidupan di sini memang berjaya mengubah diriku menjadi seorang hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya. Aku mula mengerjakan solat. Memakai tudung yang labuh menutupi dada, sesuai dengan syariat Islam. Aku bangun jam 5 pagi supaya aku sempat mandi dan bersiap-siap untuk ke masjid. Solat berjemaah juga semakin hari semakin ku gemar melakukannya. Solat Maghrib dan Isya' juga ku tunaikan secara berjemaah di masjid. Pendek kata, jika aku berkesempatan untuk ke masjid, aku akan solat berjemaah di sana. Aku sentiasa berusaha menambahkan ilmuku mengenai Islam. Aku amat bersyukur kerana diberi hidayah dan dibukakan pintu hatiku. Kini aku sedar, betapa indahnya Islam itu dan betapa mudahnya perintah Allah yang mesti kita laksanakan sekiranya kita benar-benar ikhlas untuk mengerjakannya.


Namun, aku juga berasa sedih yang amat sangat. Aku bakal meninggalkan kampus yang telah meninggalkan banyak kenangan dan kesan terhadap diriku. Aku mula berasa bimbang. Bimbang jika diriku terpedaya lagi dengan hasutan syaitan memandangkan keluargaku masih seperti dulu. Aku pulang juga ke rumahku. Aku menjangkakan, dugaan demi dugaan terpaksaku tempuhi.

Aku amat sedih kerana aku takut keluargaku tidak dapat menerima diriku jika aku menyatakan hasratku untuk berubah. Berubah dengan sentiasa memakai tudung labuh dan ke masjid untuk solat berjemaah. Aku sangat mengerti akan perangai mereka yang mudah salah faham jika perkara itu melibatkan agama. Aku hanya mampu berdoa agar Allah memberi hidayah kepada mereka, terutamanya kepada kedua ibubapaku. Setiap hari, aku hanya mampu menangis mengenangkan nasibku ini dan berdoa agar Allah mempermudahkan jalanku untuk beribadah.

Semoga suatu hari nanti, aku mampu menjadi seorang muslimah yang solehah dan berjuang demi Islam yang tercinta. Pergilah wahai syaitan-syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia! Ya Allah, Kau bantulah aku dalam perjuanganku untuk menjadi pejuang agamaMu..Allahuakbar!

08 Julai 2010

sem baru...azam baru....semangat baru!!!!!

huhuhuhu....masing-masing dah sedap duk rumah...maklumlah....cuty lama....
skng sudah tibe mase tuk sambung kembali perjuangan yang terhenti seketika....
SEM BARU...SEMANGAT BARU & AZAM BARU!!!!yeah....
selamat kembali kealam kampus....bg mereka yang masih mmgang status sbgai student...alang-alang menyeluk perkasam bia smpai k pangkal lengan....yeah...
semagat tuk abeskan study.....
bagi yang sudah bekerja....wat kerje sebaiknye......
hope sume ahli IMTIAZUL FAIQAH....sukses dlm bidang yang diceburi....

manfaatknlah ilmu2 yang telah dipeljry ..dlm khdpn seharian.....

05 Julai 2010

Aku , Cinta Dan Kampus

Aku masih ingat dikala itu, Disaat aku begitu gembira dapat lepas jauh dari jangkauan dua ibubapaku. Inilah kebebasan yang aku impikan selama ini. Atas maksud belajar aku dilepaskan pergi berbekal iman senipis kertas dan ilmu agama setitis dakwat. Tanpa aku sedar iman dan ilmu yang begitu rapuh bakal mengundang padah diriku yang masih belum bersedia menongkah arus lautan maksiat yang begitu deras di kampusku.

Ah namun itu tidak bererti padaku, Apa yang penting aku dapat mengecap kebebasan yang aku inginkan selamanya. Saat aku mengecap kebebasan itu, Aku rasakan inilah manisnya dunia. Pakaianku sudah berubah dari berbaju kurung sopan kepada fesyen gadis moden bergaya walaupun aku terpaksa menampakkan aset diriku yang dikhususkan untuk bakal suamiku. Namun aku tidak kisah. Aku tidak mahu digelar gadis kampung yang kolot dengan mengenakan pakaian sopan tersebut. Aku sekarang berada dibandar, tiada siapa yang akan menghiraukan apa yang hendak aku lakukan walaupun bertentangan dengan norma-norma agama.




Pergaulanku makin bebas, Kalau dulu disekolah, aku masih ingat, Pengaulanku begitu terjaga. Jangankan hendak bercakap dengan lelaki berjumpa pun aku sudah lari kerana malu. Jangankan hendak bersentuhan, jika aku ditenung lelaki pun aku sudah melinting kemarahan…

Namun kini keadaan sudah berbeza, aku tidak mampu membawa prinsip itu di kota besar ini. Lagipula hati halus ini begitu ingin disayangi oleh insan bergelar lelaki. Terus aku biarkan sahaja keinginan kekasihku melakukan apa sahaja padaku. Apa yang pasti, pada saat itu aku begitu cinta dan sayang padanya. Saat itu aku lupa pada penat lelah ayah yang membanting tulang berpeluh keringat berkerja menampung pelajaranku disini. Aku sudah lupa pada jasa ibu yang bersabung nyawa melahirkan aku.Aku lupa ,aku lupa,aku lupa. Ya Allah pasti luluh hancur hati ibu bapaku melihat apa yang aku lakukan saat ini. . .

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Kini aku sudah berada ditahun akhir pengajianku dikampus. Hari makin hari aku rasa bosan dengan kehidupan disini, serabut dan bercelaru. Aku tidak tahu kenapa. Apa sahaja yang aku lakukan serba tidak kena. Aku rasa kosong. Cukup kosong. Aku melakukan apa sahaja untuk memenuhkan kekosongan hatiku. Aku pergi ke pantai, shopping, karaoke, melancong, mendengar lagu, bersuka ria bersama teman dan apa sahaja cara untuk menghiburkan hatiku ini. Namun hari makin hari hati ku makin sengsara. Bila aku ditanya tentang cinta. Aku melenting dan cukup marah.

Apa CINTA!!!

Aku sudah serik dengan cinta. Setelah segala keinginnyaku penuhi. Dia telah pergi meninggalkan aku. Mencari adik-adik junior yang yang lebih segar untuk “diratah” seperti diriku.

YA ALLAH

Aku sangat menyesal atas perbuatanku ya ALLAH

Ampunkan ku





MOTIVASI @GAMA...

Mungkin ini adalah salah satu dari getusan hati kekesalan puluhan ribu gadis remaja yang hanyut dalam indah dan manisnya dunia. Mereka dibuai penuh asyik dengan hiburan, lelaki dan wang hanya untuk nikmat yang seketika. Hingga akhirnya mereka kecewa dipermainkan dunia dan oleh lelaki yang bertopengkan syaitan.

Berapa ramai gadis-gadis yang jatuh diribaan lelaki buaya darat atas janji manis yang palsu belaka hingga gadis-gadis ini sanggup melakukan perbuatan yang sangat terkutuk disisi agama hanya untuk menzahirkan cinta sejati mereka. Sedarlah saudari muslimatku. Seorang lelaki tidak akan memperisterikan seorang gadis yang telah dikecap madunya sebelum ikatan yang sah. Apatah lagi untuk menjadikan gadis “Pakai Buang” itu ibu pada bakal anak-anaknya nanti!!!

Duhai saudari Muslimahku,
aku tahu engkau telah menyesal atas tipu-daya dunia. Dunia yang luas, pastinya ketika ini cukup sempit untuk. Engkau tidak tau apa yang perlu dilakukan. Dimana perlu aku bermula untuk memperbaiki kekhilafanku ini???

Wahai saudari muslimahku,
walaupun seluruh dunia ini membencimu atas kesilapanmu dahulu. Namun percayalah engkau tidak bersendirian. Allah masih sentiasa bersamamu. Walaupun engkau datang bersama dosa sebesar bukit Uhud Allah tetap memaafkanmu. Hatta engkau datang bersama dosa langit dan bumi Allah tetap menantikanmu untuk memberikan keampunan sepenuh langit dan bumi. Percayalah sahabatku walau sebesar manapun dosamu dahulu Allah tetap akan mengampungkanmu.

Lupakah engkau pada cerita lelaki yang telah membunuh 100 orang manusia lantas dia bertaubat, terus ALLAH telah memasukkanya kedalam syurga. Aku pasti wahai saudari Seislamku pastinya dosamu tidak sebesar cerita lelaki diatas yang termaktub dalam kitab hadis yang paling sahih (Al-Bukhari)

Duhai saudariku,
Bertaubatlah dengan sepenuh hatimu. Hiasilah malammu dengan isak dan tangis memohon keampunan dari Rabbmu. Biarkan pipimu mengalirkan air mata taubat yang akan menjadi saksi dipadang Mahsyar Allah nanti. Allah masih sayangkanmu wahai saudariku. Kerana itulah Allah yang maha Esa masih memberi denyut nadi untuk dirimu bernafas bagi memberi peluang untuk dirimu bertaubat.

Aku tahu engkau begitu menyesalkan dengan cinta masa lalumu yang penuh titik hitam. Dan pasti engkau risaukan pasti tiada lelaki soleh yang akan memperisterikan dirimu. Saudariku percayalah masih ada lagi lelaki soleh diluar sana yang tidak akan kisah lansung dengan sejarah hitammu asalkan dirimu benar-benar bertaubat dan dapat menjadi isteri yang TAAT dan SOLEHAH padanya.


DUHAI SAUDARI SEISLAMKU,
ISTIQAMAHLAH DALAM TAUBATMU
SABAR DAN JANGAN PUTUS ASA,
KERANA PASTI ALLAH TELAH MENYEDIAKAN LELAKI YANG SOLEH BUAT MEMBIMBINGMU MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH…

...SELAMAT KEMBALI KEALAM PEMBELAJARAN....=)

Pesanan Buat Teman

Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu,
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku,
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu,
dan
Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...






Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu, dan cuma di kesempatan ini yang ada...

Namun,
Jika matamu masih berat untuk memandangku, ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku, jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku, relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku, jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu, senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku.

Pesanku sahabat,

" Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengaharapkan budimu sahabat."

" Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu sesungguhnya."

Ingatlah kata-kataku ini,

" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyanyangi persahabatan ini tidak kita aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."

" Himpunkalah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu."

" Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti. Sungguh, ku menyanyangimu wahai sahabat..."

03 Jun 2010

Seindah Dulu

Aku suka perasaan ketika di sekolah. Hening, ketika petang menyinsing, akan terasa damainya ketika senja menyapa.

Nurul Aiman. Sedap namanya, apatah lagi akhlaknya. Gadis yang sering aku kagumi dan pandang tinggi. Bukan gadis, muslimah sebetulnya. Aku selalu memerhati sikap dan perwatakan yang ada pada dirinya, dari jauh sudut di hati. Sikapnya yang tenang, tapi tegas dan berhikmah terhadap lelaki.

Wajahnya ayu lembut bertudung labuh menyentuh, menyerlah iman di dada. Sopan, terlalu sopan. Malah, tenang. Melihatnya kadang membuatkan aku terasa suka. Dalam hati, aku selalu menyimpan seribu perasaan.

Di hujung waktu persekolahan, aku beranikan diri. Aku tinggalkan secebis pesanan. Memercikkan warna perasaan bersama segunung harapan.

Balasnya,

"Majdi, cinta itu ungkapan yang penuh hikmah. Alangkah ruginya jika ia hanya layu di janji lemah. InsyaAllah, janji Allah senantiasa untukmu. Berharaplah, berdoalah.

Yang solehah itu untuk yang soleh.

Bersabarlah, tahan atas semua yang berpura-pura. Atas semua yang sementara. Jika itu yang terbaik, maka Allah akan bantu. Sampai sini, tinggalkan semua yang tak perlu. Terus, terus kejar demi yang satu. InsyaAllah, sampai jumpa lagi ya."

Hingga satu saat, yang pasti akan sentiasa aku ingat. Waktu anugerah Allah diberi untuk dapat aku bertemu. Tanpa sengaja, tanpa diduga. Bersama temannya. Dia membicara perlahan.

"Majdi, insyaAllah. Nurul akan ke Amerika. Mengambil bidang ekonomi di sana. InsyaAllah, mengembangkan islam di sana. Doakanlah ya." Dia menutur perlahan.

"Kenapa Amerika? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Amerika itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?" Aku tertanya, hairan menerpa. Ingin tahu, amat ingin tahu.

Dia tersenyum.

"Tak mengapa. Di sana, ilmunya banyak. Di sana ilmunya hebat. Biarlah. InsyaAllah. Iman, Nurul akan cuba menjaga sebaiknya."

Waktu itu yang memang akan aku ingat. Sampai bila-bila.
*****************

Petang itu damai. Sedamai bunga yang asyik melambai. Sehingga aku kadang-kadang lalai melihat. Sungguh, Allah Maha Hebat.

Aku baru selesai membaca al-mathurat bersama rakan sepejabatku, Rahman di surau office. Dialah rakan seusrahku, dan dialah sahabat baikku. Alhamdulillah, bersamanya aku mudah untuk terus istiqamah membaca al-mathurat setiap hari.

"Majdi, jom makan!" Rahman mengajak.

"Isk, kamu ni. Asyik makan saja.." Aku menyakat. Ketawa sambil membetulkan blazer hitamku yang sedikit terkeluar. Blazer itu aku gandingkan dengan kopiah hitamku yang selalu aku pakai, sengaja cuba menampilkan imej muslim profesional.

"Haha. Nak buat macamana? Kan perlukan tenaga juga nanti nak buat kerja." Katanya sambil ketawa kecil.

Aku ketawa. Sudah sampai di sini rupanya perjalanan hidupku. Dari bertatih, hingga kini, di alam pekerjaan yang menuntutku berusaha gigih. Tak mengapa, umurku masih terlalu muda, kata orang, masih segak bila dipandang mata. Jika tidak kata orang, aku yang berkata begitu.

Village Muslim Cafe menjadi pilihan. Kopinya di situ memang enak. Terlalu enak malahan aku selalu terbuai, didodoi haruman baunya.

Aku melamunkan fikiran, berfikir tentang pelbagai perkara. Masa dulu, dan masa akan datang. Malah tanggungjawab yang semakin menebal. Biarlah, aku bahagia dengan semua ni. Cuma, kadang-kadang aku teringatkan sesuatu. Seseorang.

"Majdi.."

Sebuah suara yang amat ku kenal.

Amat-amat ku kenal.

Aku berpaling.

Tersenyum. Berdiri seorang wanita. Ayu, lembut perwatakannya. Dengan baju yang seakan gaun putih yang kembang di bawahnya, serta lipatan kain yang membentuk bunga yang amat kemas hingga ke hujung lengan, dia benar-benar kelihatan anggun bersama pakaian begitu.

Pakaian yang seakan-akan buatan Inggeris. Di tangannya tersemat beg bimbit berbunga merah berjalur putih krim, dia memegangnya dengan tangan ke hadapan.

Rambut lurusnya lembut menutupi telinga dan sebahagian muka. Kadang-kadang ditarik sedikit ke telinga saat disapa dan dibelai angin. Ayu.

Dia tersenyum manis. Amat manis.

Aku mengamati.

Dan rasa terus menerpa, meresap menjadi sendu.

Seakan tak percaya.

"Nurul.. Nurul Aiman..?"

"Ya, saya..." Dia membalas lembut.

Nurul tersenyum. Senyumannya bergula. Sama macam senyuman dia waktu aku kenal dahulu, sewaktu dia di sekolah 8 tahun lepas. Tapi kali ni lain. Senyuman dia berteman, ditemani dengan mahkota lurus rambutnya yang dirapikan. Seakan watak Apple dalam cerita 'Le Gardenie' yang pernah aku baca.

Aku berdiri, bangun dan menghadapnya, meraikan seorang yang sudah amat lama aku tidak jumpa. Sudah 8 tahun. Yang amat aku rindu sebenarnya.

Masing-masing terdiam.

"Ermm.. Awak apa khabar?" Nurul membuka bicara. Membuka ruang mesra.

"Err.. Alhamdulillah, saya baik. Awak?"

"Baik, Sihat alhamdulillah. Lama tak jumpa kan? Saya baru sampai ke Malaysia semalam.."

"Erm.." Aku mengangguk, tersenyum leret sedikit.

Terdiam lagi. Masing-masing kembali melayan perasaan. Aku pun tak tahu apa perasaan aku sebenarnya saat ini. Aku gembira sangat bila dapat bertemu, tapi aku juga seperti mahu mengalirkan air mata. Aku seperti terbayang wajahnya yang dahulu, dan dia yang di depan aku sekarang.

Nurul melihat jamnya.

"Majdi, saya minta diri dulu ya. Ada yang perlu diuruskan.." Dia berkata perlahan sambil menunduk, mengambil secebis kertas dan pen.

Menarik kembali rambut yang jatuh tersusun ke telinga.

"Ambil ni. Kita jumpa ya?" Dia menghulurkan.

"Minta diri, assalamu'alaikum..." Nurul menghadiahkan senyuman harapan, dan berpaling pergi.

"Restoran Zahrah

0.900 pm "

Aku melihatnya pergi. Berjalan penuh sopan dan berhati-hati. Aku terasa seperti mahu menghalangi waktu dari terus berjalan.

"Majdi?" Rahman memanggil, mematikan lamunan.

"Siapa tadi?"

"Owh, tak ada siapalah. Kawan lama je.. Nanti aku cerita ya.." Aku membalas, kemudian menghirup nafas dalam-dalam. Amat dalam.

Nurul Aiman...

Pen Parker berwarna silver itu dipusing-pusingkan di atas buku kerja hitamnya. Membentuk alur tulisan yang kadang dia sendiri tak faham. Entah apa yang dituliskan, Majdi pun tak tahu.

Dia sekarang berada di pantai Teluk Cempedak. Duduk melayan perasaan di atas kerusi kayu yang disediakan, di bawah pokok ru yang melindungi lembut. Menghadap laut yang berombak damai.

Majdi duduk termenung. Dia seakan ingin menangis, terlalu sebak dan sedih hatinya. Dia masih teringat Nurul yang satu ketika dahulu sopan manis dalam tudung labuhnya, langsung berubah kepada yang kini tetap anggun dan sopan, tapi dalam keadaan yang amat berbeza.

Dia masih tergamam, terkedu dengan apa yang berlaku hari ini. Hati nuraninya benar-benar sedih.

"Apakah yang menyebabkan dia berubah? Apakah pendirian dia yang dulu, aku amat kagum, sudah benar-benar bertukar..?" Fikirnya dalam hati.

Dia diam. Sengaja biarkan angin menderu, sekurang-kurangnya menghiburkan apa yang ada di jiwa.

"Kadang-kadang tak semua perkara yang kita suka, kita akan dapat Majdi.. " Rahman menyentuh bahunya perlahan, tersenyum.

Majdi mendongak.

"Rahman.." Majdi tersenyum. Rahman selalu begitu, hadir ketika sahabatnya berduka.

"Kerana itu kita tak boleh melepaskan ikatan kita bersama jemaah, bersama rakan-rakan, bersama ukhuwwah, bersama iman. Kadang-kadang, kita rasa diri kita kuat. Mampu untuk berdiri dengan sendiri. Tapi bila berseorangan, kita tak pernah mampu sebenarnya.."

Majdi tahu, Rahman merujuk kepada apa yang berlaku pada Nurul Aiman.

"Tapi, tak semestinya kita perlu berubah kan?" Majdi bertanya. Bertanya dalam hampa sebenarnya.

"Tak apa, bertanyalah, orang seperti mereka selalu rasa tak difahami. Dan kita selalunya tak mengetahui apa yang berlaku.. moga kita tak tak diuji seperti mereka.."

"Allah.. Tak pernah menguji hambaNya.. Melainkan mereka benar-benar mampu. Untuk kamu, dia, dan aku juga.." Perlahan Rahman mengulas lembut, memberikan satu keyakinan.

"Ya.." Majdi mengangguk faham, kemudian mengukir senyum perlahan. Dan malam ini, dia akan cuba sampaikan. Dari hatinya.
*********

Restoran Zahrah. Restoran tepi laut yang amat terkenal di Pahang. Bukan sahaja masakannya yang enak, malah susunan dan rekaan dalaman yang berjaya didekorasikan dengan amat baik sekali.

Meja-meja berwarna coklat keperangan di dalam restoran itu dihiaskan lagi dengan bekas kaca yang diletakkan di atasnya. Di dalam bekas kaca itu, terdapat coklat Forrero Rocher yang amat terkenal. Menambahkan lagi suasana dan rasa yang sedia ada.

Dan di hujung penjuru, kelihatan seorang wanita duduk menunggu. Dia mengenakan kemeja putih berlengan panjang berjenama Vincci, berlipat bunga di bahu dan leher. Dipadankan dengan skirt labuh hitam hingga ke bawah kaki. Wajahnya redup ditiup angin laut yang lalu dari tingkap yang sengaja dibuka.

Majdi masuk. Mencari-cari wajah yang dinantikannya. Nurul mengangkat tangannya yang gemalai, melambai perlahan.

"Silalah.." Nurul mempelawa mesra. Di sebelahnya di temani kakaknya. Juga berwajah hampir sepertinya, cuma kening lebih kecil dan dagu yang lebih runcing. Bertudung dan mengenakan kebaya berwarna krim cair.

Aku duduk, menghadap Nurul. Juga di sebelah tingkap yang terbuka. Di kejauhan, kelihatan bot-bot nelayan dan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

"Erm, akak pergi ambil angin di luar kejap ya.." Kakaknya bangun, menunduk meminta diri dan berjalan keluar.

Masing-masing diam.

"Dah lama kita tak jumpa kan? Dah 8 tahun? Macamana kehidupan awak? Ok?.." Dia membuka perbualan sambil tersenyum.

"Alhamdulillah, beginilah.. Banyak benda yang dah berubah kan?"

Dia tertawa kecil.

" Everything is changed Majdi.."

"Tapi.."

"Tapi? "

"Tapi awak berubah terlalu banyak Nurul.."

"Erm.."

Nurul diam. Memalingkan wajah ke tingkap, melemparkan pandangan jauh ke laut. Amat jauh.
*********

"What are you doing with your frankly veil in this 'cold' class Nurul?"

Hahahaha!

Bederai satu kelas ketawa. Wajah Nurul menjadi merah menahan malu. Malu yang amat. Dan itulah dia di hari pertama kuliahnya di Universiti Califonia, Amerika Syarikat.

Begitu juga hari-hari berikutnya. Dia rasa semakin dipulaukan. Hanya kerana tudung yang dipakai. Pernah, dia cuba mencari teman meluahkan perasaan. Tapi apalah sangat yang dapat diluahkan jika semua kawan sepengajiannya dari Malaysia tidak ada yang bertudung.

"Ala, kau buka je lah. Mesti diorang senyap.."

"Erm, kau pun cantik. Kalau tak pakai tudung mesti lagi cantik.."

"Kita kat negara orang, bukan di Malaysia lagi.. Kena ikut cara orang lah.."

Dia menangis. Terasa berat keadaan yang menekan. Dengan kehidupan, dan perasaan yang tidak stabil. Pelajaran juga entah ke mana. Dia terngiang-ngiang kata-kata sahabatnya dulu.

"Kenapa Amerika? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Amerika itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?"

Dia seakan-akan masih terdengar persoalan itu di benaknya.Pernah dia berhasrat untuk berpindah universiti. Tapi mengenangkan ibu bapanya yang bersusah payah semasa dia memohon ke sini, dia cuba menabahkan diri.

Sendiri. Terasing.

Hingga satu hari, pernah dia berjumpa dengan seorang pensyarah di situ. Dengan tujuan ingin membuat rundingan atas subjek yang amat kurang difahaminya.

Tanpa memandang wajahnya, lecturernya berkata. Kasar.

"As long as you still with your veil.. I don't wanna speak with u.."

Nurul terkedu. Tak sangka hingga tahap ini dia diperlakukan. Tak tahu apa yang dibenci sangat hingga jadi diskriminasi sebegini.

Dia jadi lemah. Dia seakan sudah hilang arah. Dia menangis semahu-mahunya. Dia benar-benar tertekan.

Amat-amat tertekan.

Dan esoknya..

Hadir seorang wanita, berambut lurus dan tersisir kemas. Memasuki kelas sambil melangkah malu..
***********

"Kembalilah kepada Nurul yang pernah saya kenal dahulu.."

Nurul berpaling, tersenyum lesu, memandang aku dalam-dalam, penuh makna.

"Ia tak semudah yang difikirkan Majdi.."

"Seandainya, saya dapat memutar masa kembali..."

Nurul mengeluh lesu.

"Awak masih ada masa, Nurul.." Aku tersenyum.

"Awak tahu Nurul. Wanita, ibarat coklat."

Majdi mengambil Ferrero Rocher di dalam bekas kaca di atas meja. Mengambil dua. Membuka satu. Plastik kuning keemasannya di buka sebaiknya.

"Coklat?"

"Ya, coklat. Coklat yang disimpan rapi. Terjaga. Yang senantiasa indah dan cantik dalam balutannya. Campaklah walau ia di manapun. Dan pasti, semua orang mengagumi dan menginginkannya..."

Majdi kemudiannya menjatuhkan keduanya ke lantai.

"Semakin ia berbalut, semakin ia terjaga. Dan seandainya diberi pilihan antara coklat yang sedia berbalut dengan coklat yang terbuka dan terjatuh. Pasti orang akan memilih.."

"Pasti orang memilih yang berbalut kan? Kerana yang terbuka itu sudah dicemari, sudah kotor, sudah tak berharga. Kan?" Nurul menjawab. Terus menunduk.

Riak wajahnya bertukar mendung.

"Dan saya adalah coklat yang kotor itu.." Wajahnya hampir menangis.

Aku tersenyum.

"Ya, mungkin orang akan pilih yang berbalut."

Aku kemudiannya mengambil coklat yang jatuh lalu kuletakkan di atas meja.

Aku tersenyum lagi.

"Tapi saya lain. Saya akan mengambil coklat yang lagi satu. Saya akan ambil dan saya akan basuh balik sebersih-bersihnya. Saya akan balut semula sekemas dan secantiknya. Dan selagi masih hidup, selagi punya masa. Saya akan menjaganya sebaik-baiknya sampai bila-bila.."

Nurul mengangkat kepala. Seakan tidak percaya.

Dan air mata pun mengalir..

10 HADIAH UTAMA YANG SERING DILUPAI


1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

01 Jun 2010

jom bce sesme

Saban hari permasalahan sosial sekarang seperti isu buang bayi, pelacuran, bohsia dan sebagainya semakin meruncing. Masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya lemah, mudah terpedaya dan sebagainya. Namun, kita sering melupakan bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja. 'Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Kita alpa bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak bertanggungjawab. Maka, seeloknya kita merenung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al-Quran:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)

Jika kita sama-sama hayati ayat ini, terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.

Namun, hari ini, adakah lelaki telah berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin? Ayuh kita muhasabah diri!




Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!

Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap seharusnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:

  • Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
  • Menjadi teladan yang baik.
  • Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
  • Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.

"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.."
(At-Tahrim, 66:6)

Wahai lelaki, jika anda tahu betapa pentingnya peranan anda dalam kehidupan wanita, pasti anda sebagai lelaki tidak akan sanggup membiarkan kekasih-kekasih anda membuang 'benih' yang telah anda semai. Pasti anda tidak sanggup membiarkan ibu anda meniti hari-hari tua tanpa kasih sayang dari anda, dan pasti jua anda tidak tegar untuk menjadi dayus dengan membiarkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan anda dipukul, dan dibiarkan tanpa pembelaan dan nafkah.

Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin, adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita.

Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau pendapatnya. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dilakukan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.

Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)





Wahai wanita, binalah perisai pelindung dirimu!

Hakikatnya, kita mengakui bahawa wanita dan lelaki itu saling melengkapi. Jika lelaki itu memang menjadi pelindung, namun apakah kita sebagai wanita sendiri hanya bergantung pada pelindung itu tanpa mahu berusaha membina perisai pelindung diri sendiri?

Hakikatnya, perlu ada gabungan lelaki yang menjadi pelindung dan jua wanita yang utuh menghijab diri untuk melindungi dirinya. 'It takes two to tango'. Salah menyalahkan tidak akan menyelesaikan isu gejala sosial pada hari ini, malah akan menyebabkan kita hilang fokus untuk menyelesaikan masalah itu.

Lalu, bagaimana untuk wanita membina perisai pelindung?

Pertama sekali, berani untuk katakan "TIDAK" pada mana-mana lelaki yang mempergunakan, memperalatkan wanita untuk mencapai apa yang mereka ingini. Bentengkan diri kita dengan hijab kerana wanita itu umpama permata yang menjadi rebutan setiap kaum adam. Biar kita tak 'glamour' dek nama yang sentiasa meniti di bibir lelaki kerana keseksian kita, tapi akhirnya menjadi mangsa mereka. Biar kita dikatakan kolot sebab tidak bergaul dengan lelaki, tapi yang penting kita pertahankan maruah kita.

Kedua, jangan biarkan diri ditindas lelaki yang durjana! Lembut biar bertempat, malu biar kena gayanya. Bersuara bila perlu, bangkit bila hak kita dan maruah kita dicabul. Islam tidak pernah menafikan hak dan kepentingan wanita, malah membela wanita dan menyanjung tinggi wanita.

Ketiga, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nasib terbela. Dengan ilmu, kita tahu mana hak-hak kita bila kita tertindas. Jangan tewas pada orang yang sewenang-wenangnya menggunakan nama agama untuk menafikan hak wanita, sedangkan Islam itu sendiri memberikan hak yang seadil-adilnya kepada wanita sebagai isteri, ibu dan anak.





Wahai Adam,

Sedarlah dirimu itu pemimpin. Maka persiapkanlah dirimu itu selayaknya untuk memegang amanah Allah itu.

Wahai wanita,

Ketahuilah, dirimu disanjung dan dimuliakan oleh Allah. Letakkanlah dirimu selayaknya supaya maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar. Dirimu begitu berharga, jika Adam itu sudah tidak mampu menjadi pelindungmu, maka binalah perisai pelindung dirimu.


Followers