21 Februari 2012

......Dia Yang Halal Untukku.........

Bila terbaca tajuk macam hebat kan ???? memang hebat pun ... kerana sahabat kita akan mendirikan masjid bersam insan yang istimewa dihatinya.... terdapat hadis yang mencrminkan ciri-ciri yang perlu di lihat bagi memilih wanita sebagai permaisuri dihati...begitulah juga bagi wanita untuk memilih Sang Suami...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". 

Indahnya bergelar seorang isteri solehah :

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

Dengan ini Pihak pengantin menjemput semua sahabat2 untuk bersama-sama meraikan majlis beliau yang bertarikh & bertempat seperti yang tertera di kad .... 



Jom kita ramai2 serbu rumah pengantin.....

Doa Untuk Pengantin
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

SELAMAT PENGANTIN BARU "MARINA & SABRI"

1 ulasan:

adarain berkata...

kepada Marina
Selamat berkhawin.
Semoga perkhawinan kekal hingga ke akhir hayat. AMIN~

Followers